Saturday, May 26, 2012

what inspire me untuk brdakwah.

Assalamualaikum
*waalaikummussalam

kadang kadang, kita menafikan keupayaan diri kita untuk berdakwah.
kenapa jadi camtu sebenarnya?
tak kira la, asalkan ada ilmu, spread it! spread your love as much as u can.

ni nak cerita, macam mana buat aku bersemangat untuk berdakwah.
aku pun tingtong juga, but itu tanggungjawab muslim.
and ada ceritanya. things that inspire me.

dulu, masa aku kecik kecik, aku ni ada nenek angkat.
memang aku ada banyak family angkat. sebab aku petah berbicara kut dulu. hehehe.
nenek angkat aku ni chinese.
dia ni kira jiran jugak la. tak berapa jauh dari rumah aku.
dulu aku duduk pangsapuri, dekat setapak jaya key ell nun.

dulu muka tak malu sikit. hehehehe. mase aku 3 and 4 tahun, suke merayau.
merayau depan umah je.
so ade la gak saje saje gi umah nenek angkat aku ni. aku panggil dia nyonya.
kekadang dia bagi biskut. oren. kepok kepok. dia ni kira suka bersedekah kat aku la.
dia pun sorang sorang. maybe dia anggap aku ni penghibur di kala sunyi kut,
kanak kanak kan mulut bising. HAHAHA. ke aku je?
 
kalau raya cina, dia mesti bagi angpau.
satu ari tu, aku tak datang umah dia.
dia yang jalan kaki guna tongkat datang umah aku bagi angpau dengan limau.
time tu aku kecik lagi, aku just melompat kegirangan je.
kalau la aku sebesar sekarang ketika itu, haruslah aku tacing.
 
 hidup manusia. takkan kekal.
so then, nyonya meninggal dunia.
mengikut kepercayaan agama dia, dia haruslah dibakar.

lepas tamat majlis pengebumian dia, aku tanye mak aku dengan naifnya.
time nyonya meninggal, aku baru 4 tahun.
soalan ku,
"mama, nyonya dah mati mesti dia masuk syurga kan?'
"orang bukan Islam tak boleh masuk syurga sayang"
"kenapa pulak? nyonya kan baik. nyonya bagi feeda biskut, bagi duit, nyonya pun tak buat benda benda jahat. dia selalu senyum kat feeda"
"nanti feeda akan tahu"

ikut logiknya, memang kalau mak aku terangkan pun aku takkan paham.
aku ni dulu banyak tanya, semua tak puas ati.
sekarang dah besar, aku tahu.
and..satu kerugian. serius. aku rasa sangat sedih sebab, aku tak dapat nak Islamkan dia.
dia antara orang yang aku paling sayang.
orang yang aku sayang, tak dapat rasa nikmat islam.
mungkin ada hikmah di sebalik kelewatan aku memahami Islam.
tika itu, aku tak mampu beerfikir dengan baik.
tadika pun belum lagi.
ya, aku yakin dengan ketentuan Allah. tiada keraguan. tiada.

so, itu membuatkan aku bersemangat untuk sebarkan Islam.
walaupun aku just passkan buku ilmiah, ada yang berminat.
bukan nak berdakwah kat non muslim je. dengan muslim pun kena juga.
yang muslim masalahnya, dah tahu. cuma, tanak buat,
tujuan kita, lembutkan hati dia, ajak dia, slow slow. bukan marah marah atau mengumpat di twitter or facebook.

"wehh kawan skola aku harap je pakai tudung, perangai mcm nates"

yang tu contoh.
tak perlu. kita kutuk kutuk, cuba la nak tweet pun kan guna ayat camni..

"hiasilah akhlakmu dan peribadimu seindahnya selari dengan tuntutan Islam"
ke kan? takpun..
"kerana dirimu begitu berharga"
HAHAHAHA.
 
kalau niat baik, insyaAllah Allah akan cuba bukakan pintu hati dia.
ni nak nasihat orang. bukan kutuk orang.
kutuk dapat zero. eh correction. NEGATIVE.
kalau nasihat, dapat banyak benefit woo. even dia tak ikut pun, siapa tahu apa akan jadi?
kan? kan?

risau- ness

Assalamualaikum
*waalaikummussalam

esok gi kedah dah. lusa pegi kmpp. 
suasana baruu. huhuhu.
risauu.. but HAPPY:)


Wednesday, May 23, 2012

CUAK. yer. sangat.

SALAMULLAHIALAIKUM:)
*waalaikummussalam,
start hari ni, tinggal lagi 4 HARI wohooo!
aku tak sangka nak jadi camni kat diri aku.
aku bakal ke matrik penang. okay, ramai pun dah tahu.
alaaa, EURO 2012 8 june plaks. =.=
agak keciwa di situ. pastikan germany menang yeh?

hmm. preparation dah siap dah.
yuran, setem, blabla seluar slack blabla jeans tak boleh bawak okay.
aduii. ni lagi parah ni. before ni kat smapk tuh pemende je nak bawak.
ni paling parahh baju kurang berdozen dalam beg. haha.
kawan aku siap bawak 20 pasang oii. kau raya terus la kat sana. hehe.
basic la. matrik separuh sekolah, separuh u.
haru betul. dah la jauh. hahahhaa. 

ape ape la. aku nak beli t-shirt baru la.
kepingin plaks. hehehehehe,
but, seriously, aku nak sangat berada dalam situasi study.
walaupun before ni aku tak berapa suka sangat nak study, tapi, situasi tu aku amat perlukan.
ya. ia harus dipaksa. push pushh~


man jadda wa jadda!
ini bukan untuk aku je.
untuk korang semuaa jugak!
lagi lagi batch aku SMAPK 0711^^
dan juga, awak:)
 

Sunday, May 20, 2012

Wanita first yang masuk syurga^^

Assalamualaikum
*waalaikummussalam.
alhamdulillah salam sudah di jawab^^

okay ni nak sharing satu story.
cerita ni dah kecohh lama dah punn. tapi maybe ada yang lupa ke kan kan?

suatu hari, Rasululullah s.a.w bagitahu Fatimah yang bukan dia wanita first yang masuk syurga.
Fatimah of course la sedih dan rasa amat la cemburu kat wanita tu.
siapala wanita bertuah tu.
Fatimah pun terfikir fikir, apelaa amalan wanita tu sampai melayakkannya sebegitu sekali.
Fatimah pun tanya la ayahnya apa yang dia curiouskan.
then, Rasulullah tanak jawab lantas menyuruh Fatimah pergi sendiri rumah wanita itu.

Fatimah pergi dengan nekad yang satu itu. sangat bersungguh sungguh^^ kena contohi tauu.
first time datang rumah wanita yang bernama Muti'ah, Muti'ah tak benarkan Fatimah masuk umah dia.
katanya, dia tak dapat izin suami dia lagi.
hormat akan keputusan tersebut, Fatimah balik dan datang pulak la esoknya.

second day pulaa, Fatimah datang dengan al-hasan dan al-husin (anak Fatimah) pula.
sekali lagi, Muti'ah tak bagi masuk umah dia.
sebab?
sebab dia minta izin kat suami dia yang Fatimah je nak masuk. 
dia tak minta izin lagi kat suami dia berkenaan kehadiran anak anak Fatimah sekali.
aku kat sini je dah macam... kagum sangat sangat dengan isteri macam ni^^
sekali lagi, hampa la Fatimah.

third day pulak, barulah Fatimah diizinkan masuk ke rumah Muti'ah.
akhirnya!
maka mereka duduk berbual-bual pastu.
sambil tu, Fatimah mestila perhatikan apa apa berkaitan Muti'ah ni.
tapi, dia tak jumpa apa apa special pun. layak ke dia ni jadi wanita pertama masuk syurga?
kemusykilan melanda, jengjengjenggg,

tengah tengah sembang tu, tetiba je Muti'ah ni bangun and bersiap siap.
Fatimah pelik la. ke mana la dia nak pegi tetiba ni?
ohhh. dia sedang bersiap siap menunggu kepulangan suaminyaa!

Muti'ah sediakan beberapa perkara untuk suaminya iaituu...

1. segelas air untuk hilangkan dahaga suami dia. penat balik cari rezeki tauu:)
2. sedikit makanan untuk menghilangkan lapar. yang ni aku tak pasti apa yang Muti'ah bagi. bagi hilangkan lapar je. bukan sampai kenyangg tau.
3. sebatang tongkat untuk menghukumnya jika dia ada wat salah sepanjang suami dia tiada. sayangnya dia kat suami diaaa~
 4. pakai cantik cantik^^

then Fatimah pulang la.
serius la lepas tu Fatimah rasa kagum sangat sangat dan terharu dengan cara Muti'ah layan suami dia.
aku yang baca dan menaip pun rasa touch. hehe^^
apatah lagi Fatimah yang real real tengok sendiri kan?
sampai umah, Fatimah pun cerita la kat ayahandanya, Rasulullah berkenaan pengalaman dia.
dengan rasa rendah diri, Fatimah mengakui Muti'ah sangat sangat lah layak jadi wanita pertama yang masuk syurga.
taatnya Muti'ah kepada suami dia. sampai Fatimah nak masuk umah pun kena minta izin dulu.
skang senang la, henfon dah ada kol je lah suami kan? lagi la tak boleh ada alasan.
zaman Rasulullah ni mana ada alat alat canggih cam kita. bergandalah pahala mereka:)
 kita pun. dah ada kemudahan kan? GUNAKAN! tau tau:)

pastu Rasulullah pun pujuk la Fatimah dengan bagitau yang Muti'ah akan menjadi penarik kudanya di syurga nanti.

"Maka sebab itu dia akan masuk dulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang akan masuk ke syurga"
pujuk Rasulullah sambil memandang dengan penuh kasih.

sungguh.
aku sungguh kagum bila baca cerita ni.
kalau perhati dengan mata kasar ku ni,
aku sedar, ramai wanita berhias hias masa keluar rumah.
kat rumah? sakaii lah.
jangan camtu, syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

aku post ni, bukan untuk wanita yang dah kawin je.
yang belum kahwin tu, ingatlah. 
tak usahlah galok bebenau dengan ramai ramai lelaki.
kawan, kawan juga. jaga batas dalam berkawan.
ape yang dyorang boleh jamin korang?
kawan yang baik, insyaAllah~
 
sebab baru ni, aku keluar pegi gerai beli nasi goreng kampung. hehehe.
mase tengah tunggu tu, punya la ramai lelaki dan perempuan lepaklepak, hisap rokok..
dan paling tak tahan, mencarut la,
aku en...eiii, pantang betul la. menyirap la jugak. perempuan pulak. kasauu bebeno.
 kasau nak pertahankan diri dari sesuatu yang tak elok, it;s fine. totally fine.
ni kasar perbuatan, dah la kasar, berpegang-pegang pula dengan lelaki.
langsung. ISLAM kah anda?

credits to nayzak:)

yang dah berkahwin. first, tahniahhhh^^
second, jaga suami/isteri anda elok elok. bawa dia ke syurga.
tak payah masingmasing nak show off segala apa yang ada dalam hidup korang kat orang lain.
Allah tu dah sedia maklum dah. okehhh?
lagi lagi, aurat la.
ada yang bangga isteri lawa. suami hensemm. so, need to show off mehh!
HAHAHAHA
seriuss lawak wehh!
membazir je otak Allah bagi suruh korang fikir. MEMBAZIR!
entah. bukan korang tak tahu. belajar tinggi tinggi pun macam tak guna.
berbanggalahh korang sementara masih hidup ni. sila silalahh.

ops. maybe bukan korang je. mungkin aku pun kena terima nasihat yang mungkin ditujukan tepat ke hidung sendiri. 
hehehehehehe.
sila jangan melihat orang yang memberi nasihat, kerana orang yang memberi itu pun cuba menjadi seperti perkara yang dinasihatinya itu.
tauuu:)

 

Friday, May 18, 2012

Cosmo World : hangout kejora ^^

Assalamualaikum
*waalaikummussalam

mende ni dalam rancangan lama dah.
so bila dah set tmpat semua, ramai pulak tak boleh datang. *sobbsobb
tape tape. kami tahu anda tidak berkesempatan.
so yang datang,
puteri : Bella (masterplan), aku (vice masterplan), Yea, and Miza
putera : Pedot, Fadhil and Syukri.
 
dari reunion kejora kena la tukar HANGOUT KEJORA.
ni bukan reunion dah kalau ciput je hehehehe.
 
masukmasuk tu, gelabah la jugak. semua mende nampak lajuuu je.
kitorang ingat roller coaster la yang paling gila kot.
ternyata SALAH sama sekali.
yang paling seram adalah..
 
SPACE ATTACK!
 
 
salah timing la naik ni first first sekali.
boleh nangis woo. nasib la aku diam je. cume aku tertanya tanya bila dia nak berenti. HAHA.
seriuss wehh dia pusing kat atas tu, tetiba berenti.
mengucap banyak banyak la. huhuhuhu.

makhluk ni sangat mesra^^ 

putera kejorian '11

puteri kejorian '11




yang  ni, kitorang naik Ooort's Expres.
pening gila. jangan la duduk berdua camni. hahahaha.
better naik sorang sorang. baru selesa.
 ni gamba sebelum naik. memang nampak relax je en.
ni lah yang berlaku.


 LAJU GILA! subhanallah.
tapi okay la. tak takut tapi penat. hahahahhaa.
yang takut tu space attack.
aku yang Yea naik sekali je. the rest naik 2 kali.
aku dah malas nak naik sebab da rasa dizzy dizzy. huhuhu.

 yang macam kena panggang ni. aku ngan Yea pun tak main.
hahahahaha,
the rest la yang main. pusing dua kali pulak tuh.
tak serik serik dyorang ni. 

tapi en, aku ngan Yea ade gak memerhati benda ni sebelum budak kejor main.
time budak kejor main, bising and gamat ohh.
tapi ade geng mana tah sebelum ni main, tak berbunyi pun.
rasa bengang pulak tengok sebab muka toye je. HAHA.

 haa yang ni. SPINNING ORBIT.
pedot tipu aku dia cakap menda ni pusing slow slow je.
so aku dengan yakinnya nak main. hahahahaha.
KENA TIPU ceh. pui pui pui.
Yea tak main. rugi la Yea hahahaha.

yang ni klaka. time tengah main nih.
memang la seriauu en. da la duduk individual camtu, pastu dia pusing laju laju kat atas.
pedot kat sebelah aku, mula mula menjerit.
pastu pemende tah. dia jerit jerit. HAHAHA. 
tak abis lagi, dia mengucap pulakk.
pastu MENYANYI. pemende lahhh. 
 aku diamm je baik en?
(sebenarnya takut sangat sampai tak bersuara hahahaha)


pedot ngan syuk. individual so even dia sebelah aku pun jarak dia jauh.

 
 bella yang kool. hahahaha.

aku tengah tahan takut ni. hehehe. risau gak kasut jatuh dari atas. @-@

ni hantu sengal.
dia suka kacau miza sebab miza je yang takut dengan dia. hahahahhaa.
dia ade jugak tetiba muncul belakang aku.
tapi aku terpijak kain dia MUAHAHAHA.
wosh. dia jeling aku tuh. jangan main main.
 bella pun kena gak. mende ni memang tak seram pun. suka buat terkejut orang jek. 

 
yang kitorang naik ni kanak kanak punya. bestt!
naik dua kali pulak tuh hahahaha
sebab masa masuk terowong. baju, tudung or kasut even stokin yang putih,
sume GLOW.
bella cakap aku ikan sebab tudung aku jadi bersisik.
hahahaha. ikan la sangat. best!

ni. bebudak sesat.
ops. sori la terbuat syuk terhantuk sebab ter'crash' ngan kete yang aku ngan Yea naik.
hahahahaha!
aku pun tak tahu bukan aku yang control kete nih. tu yang pelik camne leh berlanggar. hahaha.

ade lagi kitorang main main lagi. tapi takkan la sume gambar nak keluar. hehehehe.
tapi memang BEST LA konklusinya.
memula sedih gak. plan nak reunion tak jadi.
huhuhu. 

aku tido umah Yea sebab Yea tak berapa sangat nak gi ts nih.
first experience kut. aku dari setiawangsa.
pergi tuka tren kat masjid jamek.
pastu pergi chan sow lin tukar tren lagi.
pergi ke sri petaling. and all alone.
hahahahaha. serius la merantau sampai ke sri petaling atas kaki sendiri.
ade jugak sesat2 sikit, pastu tanya budak sekolah.
aku memang tak malau bertanya kalau sesat. tanya je lah. malu watpe. kan kan?

masa nak balik dari ts pun lagi la.
Yea beli token ke sri petaling. aku beli balik setiawangsa.
but, aku teman yea sampai tren terakhir, itu tren sri petaling, pastu patah balik pegi masjid jamek, tukar tren. 
yang ni klaka.
masa tuka tren kat masjid jamek,
aku salah naik tren. HAHAHA.
aku dah mamai dah masa tu. seb baik perasan. hahahaha.
turun kat pasar seni, naik tren yang betul stret ke setiawangsa.
alhamdulillah. smpai umah <3

Tuesday, May 15, 2012

dodol my besties :D


dodol.
i miss u <3
huhuhu.
kapan buleh jumpe mung nihh.

memory: teaching dance for ceremony

Assalamualaikum
*waalaikummussalam

firstly untuk budak smapk yang baca, korang di alam imbas kembali.
hahahahahaa.
masa tahun 2010, sempena MAIDAS  time tu.
aku tak disuruh pun buat dance ni. aku just volunteer untuk memenuhkan aktiviti.
so aku pun bincang la dengan sang ketua. sape ek ketua aku time tu. anas malik kut?
lepas bincang dengan dia, bincang dengan geng pps aku time tu.
pps tu pengawas pusat sumber. MAIDAS tu tu kira malam kemuncak hari pusat sumber la.
Malam Asosiasi Ilmu dan Apreasiasi Seni.
eh betul ke aku tulis? susah nak sebut hehehe.
 
so lepas bincangbincang sesama pps, aku minta kebenaran dari puan Mazlina merangkap guru pps.
cikgu tak kisah katanya. asalkan tidak membuat dance yang kotor. ekk.
takkan la saya nak wat camtu cikgu,
 
so permission dah passed.
seterusnya nak cari dancer yang susah.
time tu kpop tak feymes. so aku cakap nak wat dance lagu 'sorry sorry' sape je yang tau.
so aku try la pujuk budak2 yang berkebolehan dalam dance.
ni pun susah. yang paling ramai bagi respon time tu pelajar thailand.
tak kisah la. janji kerja aku berjalan.
 
aku pilih form 1 sebab diorang en bebudak lagi, hehehe.
ade gak yang tanye, asal tak suruh budak batch kita je yang dance.
KAU GILA? yang ajar dance nye aku. bukan ade sape yang rajin time tu nak handle un.

yang lagu 'sorry sorry' ni aku ajar lama la jugak.
sebulan. sebab tu respon positif.
aku pun macam nak nangis sebab diorang perform dengan jayanya.
lagi best, cikgu pun suka!
ingat senang ke nak puaskan hati cikgu? hahahaha.

sorry takde gambar diorang. sebab time tu yang handle tak ramai. huhuhu.
thanx pps batch 0711 tahun 2010. korang la yang banyak tolong aku time tu. sobbsobb.

next, aku hande untuk hari guru.
penolong ketua biro persembahan. ni semua sape tah yang handle tapi aku tak kesah.
tapi agak sedih la jugak sebab aku tak banyak kelapangan bersama anakanak buah aku time tu.
aku handle nyanyian je. lagu 'tanpamu tanpamu' tu.
susah sikit sebab lagu apetah aku un tatau nak nyanyi.
ni pun terima kasih banyakbanyak kat zul irshad yang banyak giler tolong aku. seriusss.
and cikgu pun puji dan tade komplen. alhamdulillah,
benda2 camni aku risau cikgu tak suka je. ni yang paling aku ambil berat.

next next plak. MAIDAS 2012. HAHA.
ni serius stress. sebab spm nak dekat. so aku ingat taknak buat bendabenda ni dah.
tetiba, pps time tu minta aku buat dance lagi.
hadui. aku nak jatuh rahang time tu, camne ni?
da la 2 hari je aku ada masa. ops. SEHARI sebenarnye.
aku dah la dah lame tak tengok dance. aku un da lupe cmne.
keje ni makin tough.

tapi setelah dipujuk beberapa kali, so aku decide untuk...harung je lah.
and yeah. sebenarnya ada yang tak puas ati dengan dance tu.
sebab? sehari weh. nak cari dance berkaitan tema pulak tu.
sebab tu berterabur sikit. lain dari dance sebenar. terpaksa.
kekadang bebudak ni pun stess kan aku jugak. hahahaha. 
sebab bila aku naik angin, aku tak tahu nak ekspresikan macam mana.
penah jugak aku memang marah gilaa time tu, aku suruh bebudak ni pumping.
hambik la. aku marah bukan diorang takut un. diorang cakap tak pernah tengok aku marah.
mane silap ekpresikah aku? ntah.
 
tapi apeape pun, orang lain tak puas hati, ada jugak yang puji. alhamdulillah.
thanx to aiyaad time tu. tolong aku lastlast minute.
fadhil yang import aiyaad time tu. maybe dia tau aku stress kut.
so, dah jayakan pun. dah dah. hahahaa.
 
 
 thanx to adik adik. chaon and aishah un banyak tolong jugak (^0^)Y

post ini sebenarnya bertujuan untuk mengucapkan syukran jazilan!
kepada mereka yang tolongtolong aku dulu dalam event camni.
tau. susah en?
tapi susah tu enjoy la. siyes bendabenda ni enjoyyy.
kalau la diorang takde. pengsan aku.
nak pikir dance lagi.
ingat dalam lagu untuk MAIDAS 2012 tu, lagu 'breath-beast' tu,
nak buat scorpion dance, dalam lagu 'before the dawn - infinite'
meniarap, pastu berdiri tegak hanya menggunakan force kat lutut.
aku dah diberi tutorial oleh tutor aku. hahaha. senang je. but buat banyak kali boleh retak la lutut.
sebab tu tak jadi. kalau tak ada la yang menarik dalam dance kali ni. huhuhu.